Senarai Peserta Maharaja Lawak Mega 2014

shares |


MLM 2014 bakal menyaksikan persaingan yang amat sengit daripada 10 barisan pelawak yang terdiri daripada kumpulan Sepahtu, Shiro, Bocey, Virus, Nabil, Comey, Jalor, Sayot, Kepoh dan SYJ.

Bagaimanapun 16 buah kumpulan lagi perlu melalui ujian di kerusi panas sebelum layak menyertai 10 buah kumpulan dalam persaingan MLM 2014.

Hanya empat peserta akan dipilih oleh juri profesional untuk melengkapkan 14 peserta MLM 2014. Ujian Kerusi Panas akan disiarkan pada Jumaat, 31 Oktober dan 7 November 2014, jam 10 malam.

Barisan empat juri tetap untuk MLM 2014 akan diumumkan pada hari Jumaat, 14 November 2014, jam 10 malam di Astro Warna (saluran 132) dan Astro Mustika HD (saluran 134) dan Astro on-the-go.

Berikut adalah Senarai Peserta Maharaja Lawak Mega MLM 2014 :

1) Shiro
2) Bocey
3) Nabil
4) SYJ
5) Sepahtu (Jep, Shuib dan Ilya)
6) Virus (Tauke, Yus dan Zizan Razak)
7) Comey (Suhaimi Yusof dan Rophie)
8) Jalor (Along Cham, Rahim dan Joey)
9) Sayot (Zam, Filzah dan One) – Pemenang School of Lawak
10) Kepoh (Izu, Pian dan Kamal) – Pemenang Bintang Mencari Bintang

Senarai 16 Peserta Kerusi Panas Maharaja Lawak Mega 2014 :

16 Peserta perlu melalui ujian kerusi panas sebelum diserap masuk ke Maharaja Lawak Mega 2014. Namun, hanya 4 peserta sahaja diperlukan bagi melengkapkan 14 Senarai Peserta Maharaja Lawak Mega MLM 2014 sedia ada.

1) Ekzis
2) Mamu
3) Sakan
4) Samurai
5) Cak
6) Spark
7) Qtaro
8) Token
9) Chilok
10) Badboy
11) Zero
12) Glory
13) Shake
14) Gap2
15) Jbond
16) Wala

Jadual Siaran Langsung Maharaja Lawak Mega 2014

Kerusi Panas: 31 Oktober 2014 dan 7 November 2014
Gelanggang MLM 2014: Pada setiap Jumaat mulai 14 November 2014
Masa: 10.00 malam
Siaran Rasmi: Astro Warna (saluran 132) dan Astro Mustika HD (saluran 134)

Sudah pasti ramai yang tidak sabar untuk melihat aksi mereka. Sama-sama kita nantikan kehebatan pelawak-pelawak ini beraksi dalam gelanggang Maharaja Lawak Mega 2014.

Related Posts