Wanita Yang didakwa Menikam Pemandu Bas Rapid Penang Diberkas

shares |


Wanita itu yang didakwa menikam kaki seorang pemandu bas Rapid Penang telah dikenakan tindakan oleh Mahkamah Majistret kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan menggunakan senjata berbahaya.

Chong Lan Keow, 49, seorang wanita penghantar sayur, didakwa telah menikam kaki Aisyamudin Yaacob, 27, pada pukul 6.50 pagi dalam sebuah bas Rapid PJH6045 di Jalan Paya Terubong, Relau, Sungai Nibong pada Isnin.

Lan Keow, yang dipercayai mengalami masalah mental, telah diperintahkan oleh Majistret L. Umma Devi menjalani penilaian psikiatri selama sebulan di Hospital Bahagia Tanjung Rambutan.

Mahkamah juga menetapkan 10 November ini untuk sebutan semula kes.

Kesalahan di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan itu membawa hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda atau sebatan, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Related Posts