Waris AR Tompel Bakal Saman Melissa Saila

shares |


Pelakon & penerbit Adlin Aman Ramlie yang juga merupakan anak kepada Allahyarham AR Tompel kesal dengan paparan sisi negatif bapanya itu dalam biopik Saloma yang mula ditayangkan di Astro First sejak 28 Ogos yang lalu — dan masih dalam tayangan kini.

“Saya amat kecewa dan terguris kerana orang di sebalik naskhah itu dekat dan rapat dengan saya tetapi mengapa mereka memilih untuk memaparkan Allahyarham bapa secara prejudis tanpa merujuk kepada semua warisnya terlebih dahulu,” ujar Adlin.

Menurut laporan sama, Adlin Aman Ramlie dan waris yang lain bakal membuat tuntutan undang undang terhadap produksi biopik itu untuk menuntut hak mereka yang tercalar berikutan paparan menggambarkan karakter dan sikap seniman itu sebagai negatif dan ‘hitam’ dalam telefilem itu.

“Paparan sikap hitam yang digambarkan terhadap Allahyarham bapa adalah satu eksploitasi yang jelas dan meninggalkan kesan negatif kepada penonton. Ia bukan saja prejudis, tidak adil dan berat sebelah, malah mempunyai niat tertentu untuk memburukkan Allahyarham”.

“Saya mewakili keluarga mengutuk sekerasnya paparan yang diberikan kepada Allahyarham dalam telefilem itu. Ia jelas menunjukkan individu di sebalik pembikinan karya itu tidak bertanggungjawab kerana paparan negatif itu diambil berdasarkan cerita sebelah pihak tanpa merujuk kepada waris”

Dalam tuntutan itu, Adlin Aman Ramlie dan ahli keluarga yang lain menuntut pihak Astro untuk menghentikan tayangan telefilem itu di semua saluran serta-merta & tidak mengulang tayangannya pada masa akan datang selain meminta permohonan maaf terbuka.

Related Posts