Weezer, Rockstar paling nerd, geek, awkward dan cool

shares |


Dalam banyak2 pemuzik, hanya ada satu2nya band yang menjadi kegemaran aku sepanjang zaman iaitu Weezer. Mungkin ramai orang dari kalangan gen-Z dan akhir gen-Y yang tak tahu kewujudan band ni.

Aku mula dengar lagu Weezer sejak aku tingkatan 2 dan merasakan yang muzik mereka ada chemistry dengan jiwa dan personaliti aku.

Dan sehingga kini, sama ada muzik lama atau muzik baru mereka, walaupun mereka seringkali mendapat kritikan daripada peminat2 muzik, namun aku tetap setia melayan lagu2 mereka.

Semalam 7 Oktober 2014, mereka baru keluarkan album terbaru mereka iaitu Everything Will Be Alright In The End.


Setakat ini, mereka dah ada beberapa album;
Dan album yang paling diingati dan digemari ramai peminat Weezer adalah Blue album dan Pinkerton.

Aku tak mau cerita panjang pasal band ni sebab benda tu semua dah ada dalam Wiki, cuma salah satu sebab aku suka band ni selain muzik dia adalah kerana personaliti vokalis, gitaris dan penulis lagu utama band ini iaitu Rivers Cuomo yang sedikit sebanyak memberi influence dalam kehidupan aku.

Bagi aku tiada pemuzik yang seperti dia. Gaya macam seorang nerd pakai cermin mata tebal, pakai baju sweater dan rambut disikat skema tapi seorang rockstar yang pandai cipta lagu dan main gitar.

Namun bukan perwatakannya sahaja yang nampak geek tapi dia memang rocker yang bijak malah belajar kat Universiti Harvard dan mendapat anugerah Phi Beta Kappa.


Selain dari itu, tiada masalah moral yang besar seperti penyalahgunaan dadah atau alkohol seperti kebanyakan pemuzik2 barat yang lain, malah tattoo pun takde.

Sangat obses terhadap wanita Jepun pada zaman remaja, yang akhirnya juga berkahwin dengan perempuan Jepun dan mempunyai 2 orang anak.

Di kala majoriti orang Amerika sukakan sukan bola keranjang dan American Football, dia minat dan suka bermain bola sepak. Dia langsung tak pandai menari tapi selamba sahaja menari walaupun dengan gaya yang sangat awkward.

Walaupun dia merupakan seorang rocker, tapi pernah berkolabrasi dengan penyanyi rap, tulis lagu pop dan techno untuk penyanyi lain, dan pergi ke Jepun untuk rakam album lagu Jepun.

Malah dalam band dia sendiri, macam2 benda pelik dia pernah buat. Antaranya seperti tukarkan drummer dia untuk main gitar, suruh ahli kumpulan dia yang lain menyanyi lagu dalam album, letak muka pelakon Lost jadi cover album, buat video klip dengan selebriti viral Internet dan Youtube, melancarkan baju snuggie mereka sendiri, pakai baju jumpsuit masa konsert, muncul dalam rancangan kanak² dengan memakai kostum serangga, menulis lagu bersama peminat kat Youtube, dan yang paling diingati sekali, rakam video klip lagu Buddy Holly berdasarkan rancangan sitkom 70an Happy Days dan kemudiannya sumbat dalam CD installer Windows 95.

Walau dia nampak nerd dan geek dari luaran, tapi di dalamnya dia seorang genius muzik, buat apa yang dia suka tanpa pedulikan apa orang nak kata pasal dia.

Dia banyak mengajar aku untuk jadi diri sendiri, tidak mengapa untuk berbeza dengan orang lain walau nampak weirdo dan pelik, tapi kita perlu terikut2 dengan trend orang lain.

Jangan pedulikan apa orang lain kata pasal diri kita dan buat sahaja apa yang kita suka dan minat, dalam masa yang sama tak lupakan perkara2 yang penting dalam kehidupan seperti pelajaran, keluarga, kerjaya dan agama.

Mungkin ada orang yang cakap Weezer dah tak relevan, bahan sejarah, old skool, hipster dan lain2, tapi aku tak peduli apa orang cakap, yang penting aku suka, bukan orang lain yang suka.

Sumber ini dipetik dari buasirotak.blogspot.com.

Related Posts