Amelina Buat Solat Istikharah Sebelum Buat Keputusan Untuk "COMEBACK"

shares |


Semenjak dua menjak ini nama Amelina memang hangat di pasaran. Kemunculan semula Amelina mendapat liputan yang amat meluas sekali. Iyerlah, selepas 15 tahun menyepi lalu muncul kembali, memang ‘excited’lah semua orang dibuatnya.

Mana tahu dengan kemunculan kembali Amelina, lagu-lagu dangdut akan mendapat tempat kembali di kalangan rakyat Malaysia.

Menariknya keputusan Amelina untuk ‘comeback’ dibuat selepas penyanyi ini membuat solat istikharah sebanyak 3 kali. Fuh~~ Bukan sekali, bukan dua kali tetapi 3 kali. Kata Amelina:-

Saya sudah lama memikirkan untuk kembali semula sebagai penyanyi namun banyak perkara yang saya fikirkan membantutkan usaha itu. Sehingga saya buat tiga kali solat istikharah, barulah saya dapat jalan dan keyakinan untuk teruskan niat ini pada masa yang sangat sesuai.

Saya akan tampil dengan gaya baru yang tidak terlalu seksi kerana perlu menjaga maruah anak-anak yang semakin membesar serta ibu. Lagi pula saya dikenali tanpa tarian seksi atau gelek, jadi tiada masalah tentang tarian kerana orang hanya ingin dengan lagu dan suara saya sahaja.


Ala. Baru nak ikut Amelina menari dangdut sekali tue tanpa tarian pulak. Tak apalah. Dah tua-tua baguslah tak menari. Menyanyi pun dah okay dah.

Pasti akan terubat rindu di hati para peminat Amelina. Tak sabar rasanya nak tunggu lagu baru Ratu Dangdut ini. Sama-samalah kita nantikan.

Sumber artikel: beautifulnara.com.

Related Posts