Artis Malaysia Mengamuk Gara-Gara iPhone 6 Percuma

shares |


Dalam sekian banyak telefon bimbit, rasanya iPhone 6 paling banyak mencatat kisah menarik baik di luar negara mahu pun dalam Malaysia.

Di media sosial sahaja, terdapat banyak kisah pelbagai versi yang menjadi viral sama ada romantis, kelakar mahu pun menyakitkan hati.

Terbaharu, beberapa selebriti tempatan terkenal turut tampil dengan kisah iPhone 6.

Jika anda adalah pengikut Instagram para selebriti maka mesti perasan di ruangan komen sering terdapat iklan “I get free iPhone 6 Silver from @freeapplenow” sejak akhir-akhir ini.

Apabila ia tak terbendung lagi maka pemilik Instagram iaitu para selebriti ini mula rasa rimas dan marah.

Sebenarnya perihal iklan spam di ruangan komen Instagram yang membuatkan selebriti mengamuk bukanlah perkara baharu, termasuklah kes konon nak bagi Free iPhone 6 ini.

Antara selebriti yang pernah meluahkan perasaan bengang terhadap fenomena ini adalah Awal Ashaari, Aznil Haji Nawawi, Wak Doyok dan juga Yana Samsudin.

Apa pun jom tengok luahan selebriti di Instagram perihal iPhone FREE ini..


Punyalah rimas dan bengang, sampai ada selebriti siap beritahu akan block akaun peminat yang komen pasal iPhone free ni.

Untuk makluman, fenomena ‘aneh’ ini dikatakan berpunca daripada akaun Instagram Freeapplenow yang kononnya menawarkan telefon bimbit iPhone 6 percuma jika menulis statement yang menghanginkan selebriti terlibat di 5 akaun Instagram popular.


Makanya, siapa lagi yang jadi mangsa kalau bukan Instagram artis popular kan!

Sebenarnya, kami sendiri tak pasti sejauh mana kesahihan tawaran tersebut. Tapi kalau nak barang free sekali pun rasanya tak perlulah buat perangai yang boleh menjengkelkan orang lain kan?

Tak pasal-pasal, ramai selebriti mengamuk!

Sumber artikel: mynewshub.cc.

Related Posts