Benarkah Dakwaan Mengatakan Aliff Aziz Mabuk Sehingga Dimasukkan Ke Hospital?

shares |


KUALA LUMPUR - Penyanyi kelahiran Singapura, Aliff Aziz menafikan sekeras- kerasnya dakwaan yang mengatakan dia dimasukkan ke sebuah hospital di negara tersebut gara-gara mabuk.

Aliff, 23, mengakui pernah dimasukkan ke hospital baru-baru ini kira-kira pukul 3 pagi, tetapi ia disebabkan masalah kesihatan yang dialaminya.

Saya mengaku ada dimasukkan ke hospital pada awal pagi, cuma lupa tarikhnya bila. Bagaimanapun, ia disebabkan saya telah pitam di rumah dan terpaksa dibawa ke hospital menggunakan ambulan.

Sebenarnya saya ada masalah sukar membuang air kecil dan mengambil beberapa ubat yang diberikan doktor. Namun begitu, ubat berkenaan tidak sesuai dengan tubuh saya sehingga pada satu masa membuatkan saya pitam, ujarnya ketika ditemui Kosmo! Online di sini hari ini.

Baru-baru ini, ada seorang individu yang memberi komen di Instagram adik penyanyi berkenaan iaitu Aisyah dan menyatakan ternampak Aliff dimasukkan ke hospital di Singapura kerana mabuk pada 23 Oktober lalu. Bagaimanapun, komen berkenaan telah pun dipadamkan.

Sementara itu, ketika ditanya tentang aktiviti seninya sekarang ini, Aliff memberitahu dia bakal muncul dengan album terbaharunya berjudul Rebirth.

Ujarnya, setakat ini sudah sembilan buah lagu yang telah siap dan kini tinggal sebuah lagi lagu yang masih dalam proses rakaman.

Kalau diikutkan album ini sepatutnya dilancarkan pada tahun ini. Bagaimanapun, ia terpaksa ditangguhkan apabila saya berhadapan dengan beberapa masalah peribadi sehingga ia tertangguh, ujarnya.

Menurut Aliff, album Rebirth yang juga merupakan album keempatnya itu akan dilancarkan pada Januari 2015.

Sumber dipetik dari Kosmo!.

Related Posts