Bront Palarae Jilat Leher Nora Danish?

shares |


Boleh dikatakan setiap kali ada NORA DANISH, pasti ada cerita menarik. Sama ada cerita itu enak didengar atau sebaliknya, Nora dilihat bijak mengendalikannya dengan baik.

Apabila Nora digandingkan semula dengan Farid Kamil dalam filem terbaru, Anak Jantan selepas tercetus kontroversi gandingan mereka dalam Pengantin Malam, ramai ingin tahu bagaimana persediaan Nora berhadapan situasi itu.

Sebelum itu timbul isu isteri Farid, pelakon Diana Danielle meluahkan rasa tidak puas hatinya di laman sosial melihat gambar mesra Farid dan Nora untuk promosi filem itu.

Walaupun diselesaikan dengan baik, Nora mengambil sikap profesional untuk menghormati semua pihak terutama mereka yang berkait rapat dengan pelakon lelaki gandingannya.

Kata Nora, tiada masalah bekerja dengan Farid kerana masing-masing tahu had-had tertentu yang perlu dihormati.

Saya hormat semua artis. Kalau lihat sesi fotografi bersama baru-baru ini, sudah tidak ada adegan bersentuhan.

Kalau ada lagi, saya cuba ambil langkah untuk mengelak. Perkara boleh elak, tak ada masalah pun, katanya.


Dalam Anak Jantan, lakonan Nora mendapat perhatian apabila kali pertama berganding dengan Bront Palarae.

Apatah lagi dalam filem itu, Nora yang memegang watak Nara melakonkan watak digoda dan dirogol Bront yang memegang watak antagonis bernama Somchai.

Lebih mengejutkan, babak Bront dilihat seolah menjilat leher Nora secara paksa sehingga mana-mana penonton yang melihatnya akan berasa 'gerun'.

Nora akui babak kena rogol agak mencabar apatah lagi berlakon dengan Bront yang diakui pelakon hebat dan memberi persembahan terbaik dalam setiap filem lakonannya.

Sebelum adegan itu berlaku, Bront sudah beritahu saya apa yang dia akan buat dan tanya adakah saya selesa dengan cara itu atau tidak.

Pada awal, gugup juga tapi bila saya faham situasi, saya okay dan tiada masalah, katanya. Kata Nora, kalau berlakon dengan pelakon hebat, tidak ada apa yang perlu ditambah baik kerana semuanya pasti akan berjalan lancar.

Selain cabaran dirogol dengan 'rakus' dalam salah satu babak Anak Jantan, Nora juga akui tercabar apabila perlu bercakap dalam loghat utara.

Sebagai pelakon yang tidak bercakap loghat utara sebagai komunikasi harian, Nora terpaksa mendapatkan bantuan Farid Kamil yang kebetulan berasal dari Kedah.

Pada mulanya takut juga sebab kena cakap utara. Bila sampai set penggambaran, barulah saya belajar cakap loghat utara. Beberapa orang kru produksi dan Farid sendiri banyak membantu dari segi penggunaan ayat yang betul, katanya.

Nora juga baru saja selesai peng-gambaran drama Cikgu Timah Sekolah Bandar bersama Aaron Aziz untuk Astro First dan bakal memasuki set penggambaran satu lagi filem komedi.

Mengenai kontraknya bersama MIG Talent, Nora yang bersama syarikat itu sejak beberapa tahun lalu tidak menolak kemungkinan untuk menyambung semula apabila kontrak tahunannya tamat.

Mungkin saya akan sambung semula. Lagi pun kontrak saya berdasarkan tahunan untuk filem dan saya tidak ada masalah. "Setakat ini saya senang bekerja dengan mereka dan tiada aral untuk terus bekerja dengan penerbitan MIG Pictures pada masa akan datang, katanya.

Antara filem lakonannya bersama syarikat itu ialah Pengantin Malam, Bencinta, Aku Terima Nikahnya, Dua Kalimah, Lagenda Budak Hostel, Cuti-cuti Cinta dan Jangan Pandang Belakang Congkak 2.

Related Posts