Diana Danielle Buat Perangai Lagi?

shares |


Baru baru ini, Diana Danielle telah menghadiri sebuah majlis pelancaran produk yang melantik dirinya sebagai jurucakap namun kelibat beliau terus hilang dari pandangan sejurus selesai majlis tersebut dan meninggalkan pihak media yang menunggu untuk menemubual.

Pihak media sedia maklum yang beliau bergegas ke majlis tersebut selepas tiba dari Jakarta tetapi tindakan menghilangkan diri tanpa memaklumkan terlebih awal kepada mereka yang menunggu dikesali ramai yang hadir ketika itu.

Salah seorang teman media berkata, beliau dimaklumkan PRO mengatakan Diana bergegas balik kerana terlalu mengantuk akibat tidak cukup tidur selepas baru pulang dari luar negara.

UPDATE-1: Jawapan Diana Danielle melalui akaun Twitter beliau hari ini.


Untuk mendapat kepastian, seorang lagi teman media cuba menghubungi pengurus Diana Danielle yang juga dipercayai meninggalkan majlis tersebut lebih awal.

Malangnya kata pengurus itu, dia cuba menghubungi Diana tetapi isteri Farid Kamil itu tidak menjawab panggilan.


Sumber ini dipetik dari rotikaya.com.

Related Posts