Gabungan Zizan Bersama Jambu Buatkan Peminat Rasa Kurang Senang

shares |


Demam Maharaja Lawak Mega 2014 (MLM2014) semakin terasa. Gabungan Zizan beserta Yus dan Tauke yang membentuk kumpulan Virus ternyata menimbulkan reaksi yang berbeza di kalangan pengikut setia program ini.

Ada yang menyokong, ada yang membantah kerana sudah terbiasa melihat aksi Zizan bersama Johan dalam kumpulan Jozan. Apa pun, peminat harus menerima kenyataan yang Johan tidak menyertai MLM2014 kali ini kerana sebab-sebab tertentu.

Secara jujur, Abang Nara risau juga dengan ‘chemistry’ antara Zizan, Tauke dan Yus.

Iyerlah, Tauke dan Yus menerusi kumpulan Jambu membuat lawak yang jelas amat berbeza dengan Zizan. Tak sabar nak tengok sama ada lawak mereka bertiga menjadi atau ke laut pada 14 November kelak.

Apa pun, Zizan meminta agar para peminat tidak menyamakan kumpulan Virus dengan Jozan. Kata Zizan menerusi AstroGempak:-

Pada awalnya saya ditanya oleh pihak pengurusan Astro Talent, adakah berminat untuk menyertai MLM2014? Saya kata okay, dan saya mahu kumpulan Jozan lah. Namun Johan tidak dapat menyertai kali ini atas sebab-sebab tertentu dan kebetulan Yus dan Tauke ajak saya sertai kumpulannya untuk MLM, saya rasa ini peluang terbaik kerana tidak pernah lagi saya melawak secara trio.

Jangan samakan Jozan dan Virus, ianya dua kumpulan yang berbeza untuk berlawak. Saya yakin ‘chemistry’ antara kami bertiga mampu memberi persembahan yang terbaik dan menghiburkan. Berlawak secara trio adalah perkara baru, sebelum ini saya pernah buat secara solo dan berdua. Tidak salah untuk saya mencuba demi mempertingkatkan lagi mutu lawak saya


Kalau dilihat secara logiknya, gabungan mereka bertiga ini pastinya akan menggeletek usus kita. Namun kadangkala tak semua benda menjadi seperti yang diharapkan.

Semoga kumpulan Virus meluangkan banyak masa untuk ‘brainstorming’ sekaligus menampilkan lawak yang berkualiti.

Apa pun, jangan lupa saksikan Maharaja Lawak Mega 2014 yang akan bermula pada 14 November kelak. Sama-samalah kita nantikan.

Related Posts