Gambar Sekitar Persandingan TMJ Dan Che Puan Khaleeda

shares |


Sabtu lalu telah berlangsung istiadat persandingan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan Che Puan Khaleeda Bustamam berlangsung dengan meriah serta mengikut istiadat diraja Johor di Istana Besar, Johor Bahru.

Lebih 1,200 tetamu termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah, Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong & Menteri Besar Johor, Datuk Seri Moha­med Khaled Nordin hadir memeriahkan istiadat.

Pasangan tersebut yang dinikahkan pada 24 Oktober lalu kelihatan anggun dengan Tunku Ismail me­ngenakan pakaian istiadat ketenteraan manakala Che Puan Khaleeda me­ngenakan busana berwarna putih — kedua duanya nampak penuh berseri malam itu.


Istiadat persandingan Tunku Ismail dan Che‘ Puan Khaleeda itu dapat disaksikan secara langsung menerusi dua skrin besar yang dipasang di Dataran Bandaraya.

Berikut beberapa keping gambar sekitar istiadat persandingan diraja TMJ dan Che Puan Khaleeda untuk tatapan anda ihsan Facebook rasmi Johor Darul Ta’zim. Enjoice!









Sumber artikel: rotikaya.com.


SUPPORT MY NEW BLOG

http://seposen.info

Related Posts