Konsert Pengenalan Gegar Vaganza

shares |


Konsert Pengenalan Gegar Vaganza telah pun berlangsung malam semalam. Tema Konsert Pengenalan Gegar Vaganza iaitu THROWBACK lagu-lagu lama dan lagu tersebut pernah menjadi hits suatu ketika dahulu.

Pembukaan Konsert Gegar Vaganza diserikan dengan persembahan artis jemputan Aweera (Bunga Angkasa). Diikuti oleh persembahan Tomok (Andai Dapat Ku Undurkan Masa). Seterusnya, persembahan Kaka Azraf (Matahari).

Juga diserikan juga dengan persembahan pengacara Konsert Gegar Vaganza iaitu Nabil dan Jihan (Paling Comel).

Komen aku bagi Konsert Pengenalan Gegar Vaganza ni, semua memberikan persembahan terbaik.

Lagu hits yang mengimbau kembali zaman aku sekolah rendah dan menengah.

Berikut merupakan senarai lagu yang disampaikan oleh penyanyi senior Gegar Vaganza bagi konsert pengenalan semalam.

Senarai lagu Konsert Pengenalan Gegar Vaganza 2014
Nadia – Salam Untuk Kekasih
Mamat (Exist) – Rahsia Pohon Cemara
Rahmat (Mega) – Sekuntum bunga Sakura Di Gurun Sahara
Hasnol – Laguku Untukmu
Fazli Zainal - Harapan
Sam (Innuendo) – Belaian Jiwa
Ayai (Ilusi) – Segalanya Ku Terima
Haleeda – Setia Kasih
Shima – Teringin
Sharifah Zarina – Langit Ke 7
Ifa Raziah – Ser Ser Ser
Adilla – Bukan Aku Tak Cinta

Tahniah buat 12 peserta Gegar Vaganza yang telah menjayakan Konsert Pengenalan Gegar Vaganza. Komen juri-juri pun positif je semuanya.

Untuk konsert pengenalan ni, tiada penyingkiran dilakukan. Teruja nak tahu lagu Konsert Gegar Vaganza Minggu 1 iaitu minggu hadapan. Lagu apakah yang bakal mereka bawakan.

Adakah lagu tersebut mencabar vokal mereka ataupun tidak, sama-sama kita nantikan.

Sumber artikel: umikasum.blogspot.com.

Related Posts