Mas Idayu Selar Peserta Mentor Legend BIADAP

shares |


Video viral seorang peserta ujibakat Mentor Legend yang mempertikaikan kehebatan Mas Idayu menyanyi memang buat Abang Nara gelak apabila melihatnya.

Selalu orang kita akan redha dan buat muka sedih apabila dikritik oleh para juri. Namun si Erdy Sofian yang berusia 22 tahun ini lain sedikit tindak balasnya.

Menarik jugalah jadinya. Mana tidaknya, Mas Idayu yang menjadi si pengujibakat dikritik dengan kata-kata “akak nyanyi sedap ke?“.

Korang tengok sendiri video kat bawah nie. Hehehe. Sila tengok dengan hati terbuka. Jangan emosi sangat.


Menerusi Kosmo hari ini, Mas Idayu memaklumkan yang dia tak rasa malu atau terasa hati dengan komen-komen yang diberikan oleh si Erdy Sofian ini.

Saya tidak rasa malu dan tidak terasa hati pun dengan kritikan yang diberikan kerana saya sudah berada di tahap berbeza dengan peserta itu. Siapa dia untuk pandang rendah kepada saya yang mempunyai pengalaman selama 22 tahun dalam industri seni, sedangkan dia baru berusia 22 tahun dan bukan siapa-siapa. Jika saya tidak bagus, kenapa dia datang uji bakat program kendalian saya?

Selepas episod saya dikritik itu disiarkan, ramai yang menganggap peserta itu mempunyai masalah kerana tidak dapat menerima hakikat bahawa dia tidak boleh menyanyi. Saya masih seperti biasa, tiada apa pun yang terjejas.

Ya, ini kali pertama (peserta kurang ajar). Saya tidak pernah jumpa orang seperti itu. Selalunya, peserta merayu minta untuk dipilih, bukannya melepaskan geram kepada juri. Ikutkan hati, mahu sahaja saya baling kasut tinggi yang saya pakai ke mukanya, sebab terlalu geram tetapi saya fikir balik, buat apalah saya mahu jadi seperti dia. Lebih baik saya bersabar, nanti imej saya pula yang buruk. Inilah asam garam dunia artis, harus banyak bersabar.


Sesekali ada orang macam ini, menarik juga jadinya kan? Tak adalah sendu dan boring je ujibakat.

Penerbit pun rakam montaj-montaj yang menarik. Barulah ada drama yang ‘real’. Tak gitu? Apa pula pendapat anda?

Sumber artikel: beautifulnara.com.

Related Posts