Masalah Kewangan Punca Keretakan Rumahtangga Dynas Mokhtar

shares |


Model, pengacara dan pelakon terkenal, Dynas Mokhtar telah membuat pengakuan secara rasmi berpisah dengan bekas suaminya, Hafizy Hafiz sejak 25 Februari lalu.

Namun segalanya telah terjawab segala punca sebenar mereka bercerai. Aktres cantik itu akhirnya membuka mulut dan mengaku yang kisah penceraian mereka pada Februari lalu benar belaka dan mereka sudah pun tamat tempoh edah sekitar Mei lalu.

Masalah komunikasi menyebabkan hubungan kami jadi hambar. Tak macam di awal perkahwinan komunikasi menjadi teras kekuatan kami. Kami berkongsi itu dan ini. Tapi ketika kami bergelut mempertahankan perkahwinan ini, masing-masing buat hal sendiri, katanya.


Dynas Mokhtar menambah yang pada mulanya masalah mereka hanya perkara kecil namun ianya berlarutan sehingga tidak dapat diselesaikan lagi. Namun, dia menafikan yang ianya berpunca dari isu bekas suaminya itu yang tidak mempunyai kewangan yang stabil.

Kami pernah cuba mengatasi kehambaran yang timbul tetapi ternyata perpisahan menjadi jalan terakhir buat kami. Kami masih menjadi kawan baik biarpun sudah tidak bersama malah beraya nak satu kereta dengan anak-anak, tambahnya lagi.

Memang wajar sekiranya berlakunya perceraian berpunca dari masalah kewangan.

Humm duit menjadi keutamaan di dunia sekarang. Namun masalah tersebut boleh diatasi sekiranya keduanya mempunyai persefahaman yang kuat antara satu sama lain.

Related Posts