Tomok Hiburkan Peminat Di Hard Rock Ahad Ini

shares |


KUALA LUMPUR: Bersempena mempromosikan album terbaru beliau berjudul Aku Datang, Tomok mengadakan siri persembahan di lima lokasi.

Ahad lalu, Tomok sudah menggegarkan Hard Rock Cafe, Melaka. Ahad ini, Tomok akan membuat persembahan beliau di Hard Rock Cafe, KL pula bermula jam 9.30 malam.

Ironinya, sudah lama Tomok tidak membuat siri persembahan sedemikian rupa. Seingat beliau, persembahan begitu dilakukannya bersama kumpulan Newboyz lima atau enam tahun lalu.

Selepas KL, saya akan ke Kota Kinabalu, Labuan dan kemudian Kuching, Sarawak. Lama juga tak menghiburkan peminat macam ini. Lepas geram juga jadinya. Ia pengalaman yang menyeronokkan dapat menyanyi banyak lagu dan paling penting orang bayar untuk menikmati suara kita.

Persembahan ini berdurasi dua jam. Saya akan menyanyi dalam sembilan hingga 10 lagu. Saya tak keseorangan kerana siri persembahan ini turut ditemani rakan artis seperti Black, Shiha, Radhi 0AG, RJ, SSK dan Modread, kata Tomok.

Tiket menonton persembahan di Hard Rock Cafe, Jalan Sultan Ismail, KL ini berharga RM60. Untuk maklumat lanjut layari laman sosial Hard Rock atau hubungi talian 03-27155555.

Related Posts