Watak Lelaki Sotong Sharnaaz Ahmad Tidak Menjadi

shares |


Pelakon Sharnaaz Ahmad menyifatkan watak lelaki lembut yang dilakonkannya menerusi drama bersiri Suamiku Encik Sotong bukanlah satu kegagalan walaupun banyak pihak mempersoalkan karakter itu yang dianggap tidak menjadi.

Sharnaaz atau nama sebenarnya Sharnaaz Basir Ahmad, 29, berkata, dia telah melakonkan watak tersebut sebaik mungkin namun mengakui terdapat sedikit kelemahan yang perlu diperbetulkan.

Pada mulanya, saya menerima tawaran melibatkan diri dalam drama itu adalah kerana skripnya yang bagus selain watak lelaki lembut sebagai Farish yang belum pernah saya bawa.

Dan saya melakonkan watak itu selembut yang mungkin disertakan dengan sedikit komedi tetapi diakui, pada tiga episod pertama, lakonan saya dilihat sedikit malu-malu, katanya yang dihubungi mStar Online pada Selasa.

Sementara itu, Sharnaaz berkata, dia tidak berkecil hati dengan sebarang komen berbetuk kritikan terhadap lakonannya itu memandangkan ia merupakan watak lembut yang pertama dilakonkannya.

Saya terbuka dengan setiap komen yang diberi kerana ia sedikit sebanyak membantu saya mengasah bakat untuk watak seperti itu.

Cuma janganlah mengharapkan terlalu tinggi kerana saya tidak mampu untuk memuaskan hati semua pihak melainkan memberi komitmen 100 peratus terhadap watak yang dibawa itu, ujarnya.

Dalam pada itu, pelakon yang mula popular menerusi drama Dottie itu bersyukur apabila Suamiku Encik Sotong mendapat rating tinggi iaitu sebanyak 1.3 juta tontonan pada episod pertama ia disiarkan.

Saya gembira apabila ia mendapat respons yang sangat baik pada episod pertama. Saya harap rating tontonan itu dapat meningkat setiap minggu, tuturnya.

Selain Sharnaaz, Suamiku Encik Sotong turut dibintangi Amyra Rosli dan Amar Baharin.

Related Posts