5 Gambar Miss Afrika Selatan Dinobatkan Ratu Cantik Dunia 2014

shares |


Tahniah buat Afrika Selatan. Tahun 2014 tuah berpihak pada seorang gadis jelita dari Afrika Selatan yang telah dinobatkan sebagai ratu pada pertandingan akhir yang berlangsung di London, semalam.

Miss Afrika Selatan, Rolene Strauss berusia 22 tahun ini telah dinobatkan sebagai Ratu Cantik Dunia 2014 sekaligus dikalungkan selempang dan mahkota berkilauan dari Ratu Cantik Dunia 2013, Megan Young dari Filipina.

Strauss yang merupakan pelajar perubatan berjaya menduduki takhta pemenang sebelum diraikan dengan acara kemuncak bunga api di pusat pameran ExCeL di timur London. Manakala, naib juara pertandingan ini dianugerahkan kepada Miss Hungary, Edina Kulcsar dan pemenang ketiga Miss Elizabeth Safrit.




Related Posts