5 Senarai BABY Selebriti Tempatan Yang Comel

shares |


Selain kehidupan selebriti Malaysia yang menjadi tumpuan dan fokus orang ramai, keletah anak-anak mereka juga mencuri perhatian banyak pihak. 

Sepanjang tahun 2014, ramai selebriti yang melahirkan cahaya mata dan kecomelan anak-anak selebriti ini mencuri tumpuan penggemar media sosial.

Kami senaraikan lima selebriti yang dianugerahkan dengan cahaya mata comel pada tahun ini.

1. Scha Alyahya


Pelakon drama bersiri ‘Awan Dania’, Scha Alyahya selamat melahirkan seorang puteri pada jam 5.50 petang pada 22 Julai 2014 di Pusat Perubatan Prince Court, Kuala Lumpur. Berita mengenai kelahiran tersebut diumumkan oleh suaminya, pengacara Awal Ashaari menerusi laman sosial Instagram sehari selepas kelahiran puteri mereka.

Diberi nama Lara Alana, bayi comel tersebut mencetuskan fenomena apabila mengumpul 100,000 orang pengikut di laman Instagram dalam masa dua hari. Akaun Instagram tersebut dibuka oleh Scha dan Awal bertujuan untuk merakamkan segala detik manis yang dilalui oleh Lara.

2. Rozita Che Wan


Pelakon drama bersiri ‘Kiah Pekasam’, Rozita Che Wan selamat melahirkan cahaya mata perempuan pada 1 November 2014, kira-kira jam 2.18 petang di Pusat Perubatan Ampang Puteri, Selangor. Puteri comel hasil perkahwinan Rozita bersama pelakon Zain Saidin ini diberi nama Aaisyah Dhia Rana.

Sebelum itu, terdapat kontroversi yang tercetus mengenai tajaan yang Rozita peroleh di hospital tempat dia melahirkan Aaisyah dan Rozita juga dikritik oleh peminat di laman sosial kerana bersolek sebelum melahirkan Aaisyah.

3. Fasha Sandha


Pelakon drama bersiri ‘Natasya’, Fasha Sandha selamat melahirkan bayi perempuan seberat 2.8 kilogram pada 7 November 2014, pukul 9.00 pagi di sebuah pusat perubatan yang terletak di Kuala Lumpur. Ketika artis lain mengambil pendekatan untuk merahsiakan nama anak mereka terlebih dahulu, Fasha dan suaminya, Rizal Ashram Ramli selesa mengumumkan nama puteri mereka, Putri Raysha Jemaima.

Puteri tersebut adalah anak kedua hasil perkongsian hidup Fasha dan Rizal yang mendirikan rumah tangga pada 27 April 2012. Anak sulung mereka, Putra Rayfal Ramli kini berusia satu tahun.

4. Didie Alias


Selepas kali terakhir hamil pada 15 tahun lalu, pelakon dan pelawak, Didie Alias telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki pada 27 Jun 2014, pukul 3.35 pagi di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia, Cheras. Diberi nama Muhammad Dayyan, bayi tersebut merupakan anak pertama hasil perkahwinan Didie dan suaminya, Norisham Ismail sejak mendirikan rumah tangga pada 2009.

Menerusi perkahwinan pertamanya bersama dengan aktor Ridzuan Hashim, Didie telah dikurniakan dengan lima orang cahaya mata.

5. Liyana Jasmay


Pelakon filem ‘Papadom’, Liyana Jasmay telah selamat melahirkan seorang cahaya mata perempuan seberat 2.9 kilogram pada 13 Mei 2014 pada jam 7.40 malam di Pusat Perubatan Prince Court, Kuala Lumpur. Bayi comel tersebut adalah hasil perkahwinan Liyana dan Fathuddin Mazlan yang mendirikan rumah tangga pada 2 Februari 2013.

Menggelarkan anak mereka ‘Baby S’ di awal kelahiran, Liyana mengumumkan nama anaknya iaitu Sofia Arissa menerusi laman Instagram miliknya pada 20 Mei 2014.

Related Posts