Adegan Atas Katil, Feby Minta Maaf Dengan Elly Suriati

shares |


Pelakon Indonesia, Feby Febiola mengakui segan melakukan babak romantis bersama suami kepada pelakon hebat Elly Suriati, Azri Iskandar.

Adegan tersebut merupakan babak daripada drama ‘Takhta 3 Ratu’ yang juga akan di pentaskan di Istana Budaya pada 13 hingga 22 Disember ini.

Menurut Feby, dia tidak putus-putus meminta maaf kepada Elly kerana dirinya yang begitu malu melakukan babak tersebut.

“Saya sangat malu melakonkan babak atas katil bersama abang Azri di depan kak Elly. Saya selalu meminta maaf dan meminta izin dahulu sebelum melakukan babak tersebut.

“Sejujurnya perasaan ketika itu tidak senang. Kalau boleh jangan diulang babak itu dan biarlah sekali take sahaja. Walau bagaimanapun, saya harus bersikap profesional.

Kak Elly pula orangnya sangat lucu. Dia selalu menyuruh abang Azri untuk lebih mesra sewaktu melakonkan babak tersebut,” katanya yang ditemui pada majlis Premier Nite drama ‘Takhta 3 Ratu’ di Istana Budaya, semalam.


Dalam pada itu, Feby tidak menyifatkan pengarah Erma Fatima seorang yang garang tetapi dia merasakan Erma lebih kepada sikap berterus terang.

Kak Erma tidak garang tetapi dia mempunyai karakter tersendiri. Saya sangat suka bekerja dengannya kerana dia seorang yang sangat jujur dalam mengatakan sesuatu.

“Kalau dia tidak suka, dia akan beritahu dan kalau dia suka sesuatu lakonan itu dia akan menunjukan reaksi yang jujur. Kita boleh nampak reaksinya. Dia juga seorang yang lucu,” katanya.

Sementara itu,versi filem televisyen ‘Takhta 3 Ratu’ yang diarahkan oleh Erma Fatima ini turut menampilkan barisan pelakon hebat seperti Erra Fazira, Awie, Soo Wincci, Datuk Rahim Razali, Remy Ishak dan Elly Suriati. Ia bakal bersiaran di Astro First Eksklusif mulai 1 Januari tahun hadapan.

Related Posts