Amy Search Tukar Protoge Mentor Legend

shares |


Sebelum ini Oh! Media ada mendengar cerita bahawa Amy Search menyesal dengan pemilihan protoge yang dilakukannya kerana protogenya dikatakan seorang yang besar kepala. Namun, kami tidak dapat mengesahkan cerita itu.

Tup-tup, semalam Amy Search telah membuat keputusan untuk menukar protogenya dengan mengadakan pertandingan semula buat protogenya Zelmi dengan Sarah.

Dengan itu, Amy Search akhirnya memilih Sarah sebagai protogenya sekaligus melucutkan protogenya sebelum ini. Malah Amy mengakui persembahan Sarah sebenarnya lebih baik daripada Zelmi.

"Saya minta maaf kepada semua mentor saya tidak mahu komen lebih saya rasa ini adalah terbaik," katanya sebaik mengumumkan Sarah sebagai protege pilihannya yang baharu.

Pemilihan Zelmi sebelum ini mengundang reaksi tidak puas hati di kalangan penonton termasuk ada yang bertindak melahirkan kritikan mereka melalui akaun laman sosial milik Amy.

Sumber artikel: ohmedia.my.

Related Posts