Cameron Diaz Dikhabarkan Bakal Berkahwin

shares |


Berita pertunangan Cameron Diaz dengan Benji Madden sudah lama bertebaran sejak November lalu. 

Bagaimanapun, hingga sekarang pasangan ini masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi mengenai berita tersebut. Namun, timbul khabar lain pula mengenai pasangan ini.

Menerusi laman Daily Mail, Cameron dikhabarkan bakal bernikah dalam masa terdekat. Tahun 2015 dikatakan menjadi pilihan bintang Charlie’s Angels ini untuk berkahwin.

Sumber tersebut juga memberitahu, Cameron benar-benar yakin dengan hubungan percintaannya yang berjalan selama tujuh bulan itu.

“Cameron tidak pernah berasa bahagia seperti sekarang. Lelaki lain sering melayannya dengan teruk, tetapi Benji rela melakukan apa sahaja untuknya. Cameron benar-benar jatuh cinta,” kata sumber itu.

Berita tersebut mungkin mengejutkan peminat bintang berusia 42 tahun itu kerana sebelum ini, aktres itu tidak peduli dengan status perkahwinan, bahkan Cameron juga dikatakan tidak mahu mempunyai anak.

Related Posts