Chacha Maembong Masih Gagal Pulangkan Baju Ezuwan Ismail?

shares |


Kami ingatkan kisah perang dingin antara pelakon Chacha Maembong dengan designer terkemuka, Ezuwan Ismail sudah pun tamat.


Rupa-rupanya, kontroversi baju Ezuwan yang tidak dipakai oleh Chacha semasa majlis anugerah itu ada sambungannya lagi apabila pelakon itu didakwa tidak melunaskan janji untuk memulangkan busana merah jambu tersebut.


Ada kalanya manusia ini sukar ditafsir apa niat di sebalik apa yang terjadi. Sudahlah baju yang siap direka tidak digayakan pd acara baru baru ini. Dicerca pula org lain atas kekhilafan diri sendiri apabila cuba menegakkan benang yang basah. BERTAMBAH KRONIK baju itu terus dibuat harta tanpa rasa bersalah. MANUSIA apakah ini? Saya bukan mahu menambah bara api yang sedia mara.. tapi cukup dipulangkan saja harta milik saya itu. ORANG BERBUDI KITA BERBAHASA.. PULANGKAN BAJU SAYA SEGERA. WASALAM #pulangkan #gilafamous #walaupungelembungtetapbuatharta #janjinakpulangtapihadoooo

Teringat pula kami bagaimana kakaknya, Emma Maembong pernah mempertahankan adiknya di status Instagramnya. Katanya baju itu tidak diukur dengan tepat sehingga membuatkan Chacha terpaksa mencari baju lain pada masa yang singkat.

Agaknya, apa respon Emma pula kali ini ya?

Related Posts