Che Ta Bawa Aaisyah Dhia Rana Ke London

shares |


Sebelum ni ramai berteka-teki bahawa Rozita Che Wan akan membawa anak kecilnya, Aaisyah Dhia Rana ke Maldives untuk bercuti. Tapi nampaknya apa yang difikirkan salah sama sekali.

Ini kerana Che Ta dalam diam rupanya bukan ke pulau cantik berkenaan, tapi ke London! Untung betul jadi anak Che Ta. Hehe!

Aaisyah Di London Like A Bawse!


Menurut Che Ta, semalam merupakan hari pertama Aaisyah di London tapi sayangnya si cilik comel itu cuma tidur seharian dalam stroller. Tunggulah kalau dah pandai shopping nanti, habis pula duit Che Ta. Lol!

Bakal Ke Amsterdam & Paris Juga


Kalau betul apa yang ditulis Che Ta, maksudnya Aaisyah bakal menyebabkan ramai anak-anak baru lahir seusia dengannya jealous kerana mampu menjelajah beberapa buah negara selepas genap sebulan pada 1 Disember lalu.

Gambar Pasport Aaisyah Super Cute


Masih ingat lagi, pertama kali saya memiliki pasport adalah ketika di sekolah rendah, itu pun mahu ke Singapura sahaja. Masa tu belum ada USS lagi okay. Yang penting gambar pasport saya dah tentulah tak secomel Aaisyah. Kenyataan memang menyakitkan. Sobs.

Apapun, kami doakan semoga percutian Che Ta dan anaknya sentiasa dilimpahi keseronokan. Semoga bila dah besar nanti, Aaisyah akan ingat dia pernah menjejakkan kaki ke London, Amsterdam dan Paris tanpa dia sedar pun. Hehe!

Sumber artikel: ohbulan.com.

Related Posts