Che Ta Ke JPO Sebelum Habis Pantang 45 Hari

shares |


Beberapa hari lepas, kecoh kononnya Rozita Che Wan dilihat berjalan ke Johor Premium Outlets (JPO) walaupun masih lagi berada dalam tempoh berpantang.

Justeru, ada pula yang bising mengapa Che Ta tak menjaga pantangnya. Tak pasal-pasal jadi isu. Iyalah Che Ta kan begitu mengambil berat soal penjagaan badan dan dalaman tubuh badan.

Menurut laporan mStar, Che Ta menegaskan dia ada cara tersendiri dalam penjagaan diri malah, katanya dia tidak pernah membuat sebarang kenyataan enggan keluar rumah ketika tempoh berpantang.


Setakat ini saya tidak pernah pun memberi kenyataan berpantang untuk tidak keluar rumah. Sebaliknya hanya berpantang daripada segi penjagaan makanan dan dalaman badan.

Jadi tak perlu nak persoalkan kenapa saya ke sana. Saya ‘pantang orang ajak’ adalah.. hahaha

Hmm, biasalah tu Che Ta, jadi selebriti ni, berpantang pun orang ambil tahu. Tak gitu? Tapi seingat kami, Che Ta memang pernah kata dia enggan keluar rumah selama 45 hari. Acano tu?


Bukan kami yang pandai-pandai cakap tau! Korang baca sendiri apa yang tertulis di Kosmo! ni.

Saya sangat menitikberatkan pantang selepas bersalin. Saya akan pantang makan seperti tidak ambil makanan sejuk atau berangin untuk penjagaan badan.

Biasanya saya akan berpantang dengan memilih makanan tertentu seperti sayur sawi sahaja dalam masa setahun. Itu menyebabkan saya hilang selera pada sayur tersebut selepas habis pantang.

Saya juga tidak akan keluar rumah selama 45 hari. Saya kesal melihat sesetengah wanita yang tidak jaga pantang. Belum habis tempoh sudah keluar melakukan aktiviti. Mereka tidak sedar kesan yang akan diperoleh ketika hari tua nanti.

Tak apalah Che Ta, keluar ke tak keluar ke, semuanya hak Che Ta, jadi, ikut suka hati Che Ta la nak berpantang bagaimana sekalipun.

Kita yang jadi pemerhati dan peminat ni, doakanlah yang terbaik buat Che Ta dan keluarganya. Okay!

Sumber artikel: ohbulan.com.

Related Posts