Fauziah Latiff Bakal Kahwin Lagi Tahun Depan

shares |


Fauziah Latiff seorang artis yang dahulunya terkenal sebagai penyanyi yang penuh kelembutan dan keayuan. Suaranya yang merdu memang boleh mencairkan sesiapa yang mendengar.

Kalau tak caya korang boleh cari sendiri lagu-lagu Fauziah yang lebih mesra dengan nama Jee di Youtube. Caiiyyaakk tau? Hehehe..

Jee yang kini berusia 44 tahun akhirnya mengakui yang dirinya akan mendirikan rumah tangga buat kali yang kedua. Tahniah Jee, berita yang sangat menggembirakan. Bukan apa dah lama kot Jee hidup sebagai ibu tunggal.

Kalau dulu Jee pernah disatukan secara sah dengan Johan Indot di London pada tahun 1997 dan akhirnya berpisah pada sekitar tahun 2007.

Semoga ikatan perkahwinannya untuk kali kedua ini akan kekal sampai bila-bila.


Jee yang dikurniakan 2 cahaya mata bersama suami sebelum ini mengakui perasaan berdebar-debar menantikan saat bahagianya tidak dapat dinafikan.

Ya… Insya-Allah tahun depan masa sesuai untuk saya mendirikan rumah tangga. Saya sendiri berdebar-debar untuk melangkah ke alam itu semula, tapi saya fikir ia adalah untuk kebahagian semua pihak termasuk anak-anak.

Saya tidak banyak buat persiapan kerana pada usia sekarang yang penting ialah untuk settle down sahaja. Alhamdulillah, anak-anak saya terima dengan keputusan ini dan mengharap yang terbaik buat kami.

Alhamdulillah, semua ahli keluarga dapat menerima kehadiran orang baru. Lagi pula anak-anaknya dah besar panjang. Dah pandai jaga diri, tak hairanlah kalau Jee pun mahu mencari pasangan hidup untuk kebahagiaan dirinya sendiri.

Semoga Jee dan keluarga akan sentiasa ceria dan dirahmati. Harap-harap semuanya berjalan lancar. Nak tengok gak Kak Jee kita ni naik pelamin sekali lagi. Hehehe.

Related Posts