Fesyen Gadis Bertudung Zaman Moden

shares |


Wanita Melayu memang cantik bila bertudung kerana menutup aurat adalah salah satu daripada tuntutan agama Islam terutamanya pada golongan wanita.

Apa yang menjadi persoalannya, kenapa kebanyakan wanita zaman sekarang yang memakai tudung cukup hebat dikritik? Inilah akibat daripada pengaruh yang dibawa oleh budaya barat yang mana kita ikuti tanpa mengetahui halal haram.

Cuba kita lihat hari ini, pelbagai jenis fesyen tudung telah dihasilkan. Adakah tudung yang dihasilkan tersebut menepati syariat Islam?

Islam tidak melarang kita untuk berfesyen tetapi biarlah yang menutup aurat sepenuhnya, tidak terlalu singkat dan ketat sehingga begitu jelas menampakkan susuk tubuh si pemakainya.


Secara tidak sedar, pemakaian tudung masa kini telah ditelanjangkan oleh mereka yang memang memusuhi Islam. Lebih teruk lagi, golongan Islam itu sendiri yang melakukannya.

Tidakkah mereka tahu perbuatan mereka itu seolah-olah menghina Islam? Adakah fesyen bertudung masa kini adalah semata-mata untuk menyahut seruan agama ataupun kerana mengikuti trend terkini?

Artikel ini bukan bertujuan untuk mengaibkan sesiapa tetapi sebagai pengajaran dan iktibar dalam mendidik khususnya golongan wanita zaman ini yang kebanyakannya bertudung tapi ‘bogel’.


Kebarangkalian untuk mereka terlupa adalah sangat mustahil kerana mereka tahu, cuma buat-buat tidak tahu.

Ketahuilah wahai sekalian sahabat, jika seorang wanita itu membuat maksiat atau tidak menutup auratnya dengan sempurna, mereka turut mengheret puluhan yang lain bersama mereka yang akan menanggung dosa di akhirat nanti.

Mereka-mereka yang dimaksudkan ialah :

  • Ayahnya
  • Suaminya
  • Saudara-saudara lelakinya
  • Anak lelakinya

Apa-apa pun, kesedaran bagi setiap wanita Islam, menutup aurat ini bagus. Lagi pun ianya tuntutan dalam Islam untuk memelihara kesucian dan kehormatan golongan wanita itu sendiri. Fikir-fikirkanlah wahai WANITA.

Related Posts