Fouziah Gous Tak Kisah 'USUNG' Suami

shares |


Pelakon Fouziah Gous enggan mempedulikan kata-kata negatif yang mengatakan dia sering 'mengusung' suaminya, Zhafran Yusof ke hulur ke hilir. Tegas Fouziah, ada sebabnya mengapa dia sering dilihat ke majlis-majlis bersama suami.

Boleh dikatakan kami sering bersama kerana menemani satu sama lain. Contohnya seperti pada waktu pagi dia mengikut saya kerja dan petang saya pula yang menemani dia bekerja. Malah walaupun sibuk, dia juga pandai menyusun masa untuk menemani saya jika perlu.

Kami bercinta selepas kahwin jadi kami masih lagi berada dalam proses untuk mengenali satu sama lain. Boleh dikatakan walaupun kami sudah berkahwin selama setahun, tetapi saya tidak rasa tempoh itu sudah lama. Ini kerana banyak benda baru yang saya belajar mengenai dia, ujar Fouziah ketika ditemui di majlis pertunjukan fesyen rekaan butik Bianco Mimosa yang di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur pada Khamis.


Menurut Fouziah, dia juga lebih memilih untuk menerima tawaran berlakon yang bersesuaian dengan statusnya sebagai seorang isteri.

Baginya, dia kini perlu menjaga hati banyak pihak dan dia juga perlu mempertimbangkan tawaran yang memakan masa yang lama kerana sibuk dengan perniagaan sarang burung bersama suaminya.

Alhamdulillah rezeki itu ada sahaja, namun untuk menerima tawaran berlakon drama episod, saya agak keberatan. Bagaimanapun, jika waktu penggambarannya tidak menganggu perniagaan saya, maka saya akan menerima tawaran tersebut.

Setelah enam bulan berehat daripada sebarang aktiviti seni kerana menumpukan perhatian terhadap keluarga, saya akan kembali dalam bidang lakonan dengan sebuah drama terbitan Astro tidak lama lagi, ujar Fouziah.

Related Posts