Hasrat Mila Kunis Untuk Kahwin Dengan Ashton Kutcher

shares |


KELAHIRAN anak sulung Mila Kunis dan Ashton Kutcher iaitu Wyatt Isabelle Kutcher membuatkan pasangan itu ingin melangkah ke hubungan yang lebih serius iaitu sebuah perkahwinan.

Menurut laporan eOnline, pasangan tersebut kini sedang merancang tarikh sesuai bagi mengadakan majlis pernikahan mereka.

"Pasangan itu dilihat lebih bahagia sejak kehadiran Wyatt. Perkara itu membuatkan mereka sedang merancang untuk mendirikan rumah tangga," kata sumber.


Bagaimanapun sehingga saat ini, baik di pihak Mila mahupun Ashton belum memberikan sebarang kenyataan berhubung berita itu.

Terdahulu, pasangan itu mengakui enggan terburu-buru untuk berkahwin selepas kelahiran Wyatt kerana risau sekiranya ia menjejaskan perhubungan cinta mereka.

Related Posts