Hubungan Cinta Shaheizy Sam & Syatilla Melvin Berputik Kembali?

shares |


Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin pernah dikaitkan dengan hubungan cinta satu ketika dahulu. Namun selepas kedua-duanya menafikan, cerita mengenai mereka terus senyap.

Tidak lama kemudian timbul pula desas-desus yang Shaheizy Sam telah kembali kepada bekas kekasihnya, Puteri Najuwa. Sekali lagi desas-desus tersebut mati begitu sahaja.

Kali ini timbul pula khabar angin yang menyatakan hubungan antara Sam dan Syatilla mekar kembali. Hmmmmm.

Desas-desus ini semakin bertiup kencang apabila Syatilla Melvin dilihat menghabiskan masa bersama ibu Sam, Khaty Fauziah. Menerusi beberapa gambar yang dikongsikan, Syatilla telah dilihat meluangkan bersama Khaty Fauziah dan beberapa lagi orang rakan.

Sekiranya memang benar Sam dan Syatilla kembali menjalinkan hubungan, ini mungkin bermakna yang hubungan mereka direstui oleh si ibu.


Malah Syatilla Melvin baru-baru ini juga telah mengeluarkan kenyataan bahawa Shaheizy Sam adalah antara lelaki paling rapat dalam hidupnya. Kata Syatilla menerusi Kosmo:-

Kami kawan rapat. Dia antara lelaki paling rapat saya. Saya tidak berani hendak cakap ya atau tidak mengenai hubungan kami.

Apa-apa yang terjadi saya terima. Bagi saya, dia seorang lelaki yang mudah untuk dibawa berbincang dan ringan tulang apabila saya meminta tolong.


Abang Nara berdoa agar desas-desus ini menjadi kenyataan. Umur Shaheizy Sam pun dah semakin meningkat. Memang sesuai benar untuk menjadi seorang suami.

Lagipun Sam dan Syatilla bak pinang dibelah dua. Nampak gaya hubungan pun macam dah direstu. Semoga ada sinar penamat yang bahagia untuk kisah ini. Sama-samalah kita nantikan.

Sumber artikel: beautifulnara.com.

Related Posts