Ibu Awie Wings Meninggal Dunia Terjatuh Dalam Bilik Air

shares |


Ibu kepada penyanyi dan pelakon Azhar Othman atau Awie telah dilaporkan meninggal dunia di kediaman vokalis kumpulan Wings itu di Ukay Perdana, kira-kira jam 8 pagi tadi.

Ibu Awie, Hajah Azizah Abd Hamid, 75, telah menghembuskan nafas terakhirnya akibat penyakit tua.

Sebelum ini, Allahyarhamah dilaporkan pernah memiliki penyakit kencing manis dan darah tinggi namun masih terkawal. Dikatakan arwah telah terjatuh sewaktu ingin ke bilik air pagi tadi.

Jenazah Allahyarhamah akan dimandikan serta dikapankan di kediaman Awie sebelum dikebumikan selepas solat Jumaat nanti.

Allahyarhamah meninggalkan 5 orang anak di mana Awie merupakan anaknya yang ketiga serta 16 orang cucu.

Sejak mengalami krisis rumahtangga, ibu Awie telah tinggal bersama Awie dan anak-anaknya di Ukay Perdana.

Dalam perkembangan lain, Awie dengan anggota kumpulan Wings lain bakal mengadakan konsert Menakluk Kosmos di Istana Budaya pada 30 Disember ini.

Related Posts