Imigresen Putrajaya Menyerbu Pusat Urut Yang Menyediakan Perkhidmatan Seks

shares |


Lambakan wanita warga asing di pusat urut mengundang rasa kurang selesa penduduk setempat. Lebih teruk lagi, mereka dipaksa melakukan kegiatan maksiat yang didalangi oleh sindiket pelacuran.

WARGA ASING DIJADIKAN HAMBA SEKS

Bertindak atas aduan awam, Jabatan Imigresen Putrajaya menggempur 3 premis urut di sekitar ibu negara malam tadi. Hasilnya 24 tukang urut warga asing dipercayai turut dijadikan hamba seks ditangkap ketika sedang menunggu pelanggan.

Premis pertama diserbu di Taman Fadason Kepong di mana 9 tukang urut warga asing ditangkap. Di Setapak pula, 6 wanita warga asing yang leka mengurut pelanggan dalam keadaan bogel di bilik kecil tidak sempat melarikan diri selepas premis itu dikepung.


10 lagi wanita asing disyaki menjalankan aktiviti tidak bermoral turut ditahan di sebuah pusat kesihatan di Pandan Perdana.

Beberapa kondom dan peralatan seks turut dirampas. Hasil semakan menndapati 18 daripada mereka warga Vietnam, 4 China dan 3 Indonesia yang berusia 20an. Kesemua mereka didapati menyalah gunakan pas lawatan sosial.

Sumber artikel: mklcrimedesk.com.

Related Posts