Kamal Adli: Saya Bukan Orang Ketiga

shares |


SEPANJANG minggu lalu kecoh dengan gosip yang mengatakan hubungan Zizan Razak dan Emma Maembong sudah terputus di tengah jalan. Walaupun pasangan tersebut menafikannya, timbul pula nama Kamal Adli yang dikatakan sebagai orang ketiga.

Bagi Kamal Adli sudah pasti berita tersebut cukup mengejutkan dirinya apatah lagi dia sendiri langsung tidak tahu menahu tatkala namanya tiba-tiba dikaitkan sebagai penyebab.


“Sumpah saya tak tahu menahu hal tersebut. Yang menjadi masalahnya kenapa nama saya tiba-tiba sahaja dikaitkan dengan perkara berkenaan oleh pihak yang tak bertanggungjawab.

“Tambah mengarut apabila orang mengatakan saya meninggalkan lokasi untuk menghantar Emma ke lapangan terbang. Semua itu karut dan saya tak buat pun.

“Hubungan antara saya, Emma dan Zizan tidak menghadapi apa-apa masalah pun. Tentang hubungan mereka pun saya tak ketahui sebab itu hal peribadi mereka. Tak perlu untuk saya masuk campur,” tegas Kamal yang bekerjasama dengan pasangan tersebut menerusi telefilem, Hantu Wifie.

Pun begitu ketika ditanya tentang keadaan dirinya selepas putus cinta dengan Intan Ladyana, Kamal memberitahu yang dia dalam fasa ‘mengubat hati’ dan keadaannya baik-baik sahaja.

Bukan apa, ramai yang mengetahui Kamal agak tertekan dengan isu putus cinta tersebut dan pastinya beban emosi yang ditanggung agak sukar untuk dipulihkan seperti dahulu.

“Tiga bulan juga saya ‘menderita’ akibat putus cinta. Tak mengapalah hidup kena teruskan juga. Buat masa sekarang saya okey,” tambahnya.

Tak mengapalah Kamal, semoga 2015 memberikan sinar baharu buat kita semua.

Related Posts