Kamal Adli Tersentak Lihat Intan Ladyana Bersama Jejaka Lain

shares |


Pasti hancur remuk hati Kamal Adli... Walaupun sudah putus cinta dengan Intan Ladyana, Kamal Adli melahirkan rasa terkejutnya apabila melihat gambar Intan Ladyana bersama ‘kekasih baru’ di Venice, Itali.

Walaupun ditemani oleh rakan-rakan lain, kehadiran si lelaki ini sehingga di Itali pastinya menggambarkan kerapatan hubungan yang sudah terjalin antara dirinya dan Intan Ladyana. Iyerlah, takkan kalau ‘kawan biasa’ nak gi teman bercuti sampai ke Itali...


Sebelum ini juga beberapa gambar Intan Ladyana bersama lelaki ini telah pun tersebar di laman sosial... Namun Intan sekadar memaklumkan yang si lelaki itu adalah kawan biasa.

Hmmm.. Mungkin mereka masih dalam proses mengenali hati budi masing-masing. Mungkin juga si lelaki yang diperkenalkan oleh Liyana Jasmay ini ada ‘business trip’ di Venice. Alang-alang pergilah teman Intan Ladyana sekali kan???


Kamal Adli juga melahirkan rasa kekecewaannya kerana bekas kekasihnya itu begitu pantas bertemu pengganti dirinya. Malah pelakon ini juga kesal kerana Liyana Jasmay memperkenalkan lelaki tersebut kepada Intan tatkala dia sedang cuba memujuk rayu. kata kamal :

Dalam tempoh saya baik pulih semula hati ini, saya cuba lupakan kisah kami tetapi saya di tagged pula gambar dia bersama kekasih baru di Instagram bersama teman-teman lain di Venice.Tambahan pula kami baru sahaja beberapa bulan berpisah dan dia pula sudah temui cinta baru. Memang saya tak nak lagi fikir mengenai hal kami yang lepas tapi bila dah jadi seperti ini, hati saya bertambah sedih...

Apabila saya dengar Intan mengenali seorang jejaka menerusi Liyana, saya rasa sedikit kecewa. Bukannya saya marah tapi saya tidak faham kenapa dia perlu lakukan begitu sedangkan saya betul-betul ingin berbaik semula dengan Intan. Saya tidak mahu hal seperti ini menyebabkan saya dan Liyana tidak berkawan pula. Jadi biarlah saya undur diri. Intan pun kini sudah jadi milik orang...


Tak apalah Kamal Adli. Sememangnya ubat putus cinta yang terbaik ialah mencari pengganti terbaik. Nak buat macam mana kan?

Intan pun dah jumpa orang lain, kini tiba masa anda cari kekasih lain juga. Tak payah nak makan hati sangat. Jadi lelaki kena macho.

Buktikan kemachoan anda. Good luck and all the best.

Lagi gambar Kamal Adli Tersentak Lihat Intan Ladyana Bersama Jejaka Lain..










Sumber artikel: beautifulnara.com.

Related Posts