Keluarga Nur Fathiah Idris Akan Pastikan Irfan Dibawa Ke Muka Pengadilan

shares |


Fatimah Ismail, ibu kepada Nur Fathiah Idris berkata, keluarga mereka terpaksa menemui pihak media untuk memastikan Irfan, bekas teman lelaki Nur Fatiah di bawa ke muka pengadilan atas perbuatan biadapnya.

Mereka mendakwa Irfan berkongsi gambar separuh bogel Nur Fathiah di media sosial selepas wanita itu memutuskan hubungan dengannya. Keluarganya turut mendakwa terdapat individu lain yang turut membuat laporan polis terhadap Irfan.

“Saya melakukan siasatan sendiri dan mendapat ada banyak laporan polis dibuat terhadapnya. Ada banyak laporan polis terhadapnya tetapi tiada tindakan dilakukan.

“Sekiranya saya menunggu, kami mungkin jadi mangsa seperti yang lain,” kat Fatimah dan menambah dia mengetahui sekurang-kurangnya seorang gadis menjadi mangsa Irfan tetapi keluarganya tidak mahu tampil membuat laporan.

“Tak mengapa, kami akan terus melawan. Biarlah mereka yang lain melawan sendiri dan harapnya fail kes sebelum ini akan dibuka,” kata Fatimah.

Walaupun mereka telah membuat laporan polis, Fatimah berkata mereka tetap menghadapi masalah kerana Irfan dikatakan mempunyai hubungan dengan seorang yang berpengaruh dalam politik dan sebab itulah beberapa mangsanya risau sama ada mereka akan dibela sekiranya mereka tampil ke hadapan.

Fatimah berkata dia pernah cuba menemui keluarga Irfan untuk membincangkan perkara tersebut tetapi bapa lelaki itu menafikan mengenali Nur Fathiah dan tidak mahu berbincang dengan mengatakan dia sibuk.

Disebabkan perkara itu, keluarganya berpendapat hanya satu jalan saja yang dapat menyelesaikan masalah mereka, menemui pihak media.

“Saya harap keadaan akan menjadi lebih baik untuk anak perempuan dan keluarga saya. Saya harap orang lain tidak akan menjadi mangsanya lagi,” katanya.

Fatimah berkata, anak-anaknya tidak sempurna dan mereka ada sifat yang baik dan buruk, tetapi Nur Fathiah tidak sepatutnya mendapat layanan buruk daripada Irfan.

“Dia tidak sepatutnya dijadikan mangsa seperti ini. Kami layan dia (Irfan) macam keluarga kami. Apabila ada orang beri amaran mengenainya, kami tidak dengar kerana kami kenal keluarganya,” katanya.


Fatimah berkata, anggota wanita keluarganya banyak memberi nasihat kepada Nur Fathiah yang sebelum ini menghantar gambarnya kepada Irfan ketika mereka bercinta.

Nur Fathiah beritahu saya “Sekiranya mak ada duit saya minta mak hantar saya duduk jauh,” tetapi kakanya membantah.

“Kakaknya kata, “Hadapi masalah ini. Kakak tidak salahkan Fathiah, kakak tahu Fathiah dilamun cinta tetapi apa yang Fathiah buat itu bodoh”.”

Fatimah juga bercerita mengenai perbualan antara ibunya dengan Nur Fathiah selepas mereka membuat keputusan untuk mendedahkan perkara ini.

“Ibu saya berkata kepada Nur Fathiah, “Mungkin Fathiah dapat tolong orang lain di masa hadapan.” Anak saya kata, “Fathiah bukan hero.”

“Ibu saya berkata lagi, “Mungkin di Malaysia, Fathiah akan dihina dan dilabel sebagai orang jahat tetapi mungkin Fathiah masih boleh ke syurga tidak kira apa orang kata”,” kata Fatimah.

Fatimah berkata, dia tahu mereka buat banyak kesalahan tetapi dia tetap gembira anaknya itu tidak ada hubungan lagi dengan Irfan.

“Sekurang-kurangnya kami tahu kami buat kesalahan. Saya dapat kembali anak perempuan saya dan saya sangat gembira,” katanya.

Related Posts