Konflik Antara Fazura & Sara Ali

shares |


Nur Fazura kini telah berjaya mempunyai Rancangan “Facing Up To Fazura” Menonjolkan Realiti Kehidupan Fazura‘ di saluran E! News Asia.

Baru-baru ini Fazura telah menimbulkan isu yang kurang senang apabila menonjolkan kisah peribadi yang melibatkan hubungan baiknya dengan pelakon, Sara Ali. Pasti ramai yang terkejut hubungan sahabat ini rupanya bermasalah tanpa mengetahui punca sebenar.

Ianya bermula apabila, episod tersebut sedaya upaya mengeluarkan isi cerita kononnya Fazura meluahkan perasaan kurang senang dengan ‘kehilangan’ kawan baiknya yang juga pelakon filem Histeria, Sara Ali walaupun sebelum ini mereka terlalu rapat hingga pada satu tahap, Sara Ali tiba-tba menghilangkan diri dan cuba mengelak daripada Fazura.

Mesti ramai yang pelik kenapa Fazura cuba membangkitkan isu tersebut dan seperti memburukkan nama Sara Ali dan berpendapat konflik peribadi antara mereka tidak perlulah didedahkan kepada umum.


Menurut Fazura sewaktu ditanya tentang program realiti ini, Fazura mengakui apa yang berlaku di dalam program ini adalah jujur dan tak dibuat-buat walau apa saja topik yang dikeluarkan termasuk hal peribadi.

Dalam episod tersebut , Fazura menyatakan dia cuba menghubungi Sara Ali dan mengharapkan agar dapat berjumpa dengannya sekitar 17 November sekembalinya Sara dari Bosnia Herzegovina.

Fazura juga cuba meminta nasihat daripada rakan artis Lisa Surihani dan juga pengurusnya tetapi tiada berita daripada Sara hingga sekarang.


Menurut Fazura ada khabar angin menyatakan saya telah melakukan kesalahan terhadap Sara Ali hingga Sara menjauhkan diri dan konflik antara kami masih tiada jalan penyelesaian kerana Sara seperti mengelak untuk bersemuka.

Kadang-kala cerita yang terlalu peribadi tidak seharusnya didedahkan kepada umum kelak lain pula jadinya. Mungkin ini adalah kesilapan Fazura dalam menceritakan kisah hidupnya bersama peminat sedangkan banyak lagi perkara lain yang boleh dikongsi.

Related Posts