Lelaki Parah Dibaham 3 Ekor Singa Di Zoo Barcelona

shares |


SEORANG lelaki cedera parah akibat diserang tiga ekor singa selepas dia memasuki kandang haiwan tersebut di sebuah zoo di Barcelona.

Lelaki berusia 45 tahun dengan pakaian tentera itu didakwa memanjat pagar untuk memasuki kandang tersebut sebelum diserang singa yang cuba mengheretnya ke dalam sebuah terowong.

Mangsa bagaimanapun terlepas daripada maut apabila pasukan keselamatan zoo berjaya menyelamatkannya selepas mengharungi tempoh 30 minit untuk menakutkan singa-singa tersebut.



Semburan air digunakan untuk menakutkan tiga ekor singa yang menerkam mangsa. Tubuh badan lelaki itu terdapat kesan calar yang teruk selain luka akibat gigitan singa. Mangsa kemudian telah dihantar ke Hospital de la Vall D’Hebron.

Lelaki yang dikenali sebagai Justo Jose MP itu sebelum ini dilaporkan pernah ditahan polis kerana terlibat dengan demonstrasi di bandar.

Bagaimanapun pihak berkuasa masih belum mengetahui tujuan mangsa memasuki kandang singa terbabit.

Lihat Video dibawah ini:


Sumber artikel: mynewshub.cc.

Related Posts