Liyana Jasmay Nafi Jadi Punca Hubungan Intan Ladyana Retak

shares |


Sekali baca tajuk bunyinya seperti Liyana Jasmay menjadi orang ketiga dalam hubungan Kamal Adli dan Intan Ladyana sebelum ini sehingga pasangan itu berpisah.

Apa cerita pula ‘kan? Namun, ada cerita kononnya pasangan itu berpisah gara gara perbuatan Liyana Jasmay.

Khabarnya, ketika Intan Ladyana & Kamal Adli masih berpacaran, Liyana Jasmay telah membawa seorang jejaka untuk dikenalkan dengan pelakon itu dan ianya menjadi titik tolak Intan mula tawar hati dengan Kamal Adli sehingga hubungan terputus.


Bercakap kepada mStar Online, Liyana Jasmay mengaku ada perkenalkan jejaka kepada Intan Ladyana namun ianya berlaku selepas pasangan itu sudah putus cinta dan melihat ianya bukanlah satu masalah kerana gadis itu tidak mempunyai ikatan dengan sesiapa.

Pemuda tersebut rakan kepada suami saya dan tidak ada salahnya saya perkenalkan dia kepada Intan kerana Intan pun sudah kembali solo. Bagaimanapun tujuan saya itu bukan hendak jodohkan mereka tetapi hanya sekadar mahu mereka berkawan sahaja, jelas Liyana Jasmay.

Kisah percintaan Intan Ladyana & Kamal Adli yang terputus selepas enam tahun bersama sebelum ini mendapat perhatian ramai dan baru baru ini, aktress itu dikatakan sudah menemui pengganti namun ianya dinafikan sendiri oleh Intan Ladyana.

Related Posts