Madu Erma Fatima Selamat Lahirkan Anak

shares |


Jutaan tahniah diucapkan kepada Aida, isteri kedua pengarah terkenal Bade yang juga merupakan madu kepada penerbit Erma Fatima kerana telah selamat melahirkan cahaya mata sulung hasil perkahwinannya.

Berita gembira ini telah dikongsi oleh Erma sendiri menerusi akaun Instagramnya. Erma turut sama berkongsi gambar dirinya bersama si comel tersebut.

Kata-kata yang ditulis oleh Erma Fatima ketika berkongsi gambar di atas telah menyentuh hati para pengikutnya. Sesungguhnya setiap manusia diberikan ujian yang berbeza. Tulis Erma :

Malang bagi seorang perempuan yg tdk mampu memberikan zuriat buat suaminya…..kerana anak adalah anugerah Allah paling berharga. Welcome to the family baby Jihad. Congratulation @badehjazmi and Aida.


Tahniah diucapkan kepada Bade, Aida dan Erma Fatima atas kehadiran orang baru dalam hidup mereka. Pasti akan lebih ceria selepas ini. Semoga si comel akan membesar dengan sihat sejahtera. Tahniah!!!

Related Posts