Mariah Carey Larang Nick Cannon Raikan Krismas Bersama Anak

shares |


PENYANYI terkenal Mariah Carey yang kini dalam proses perceraian dengan suaminya, Nick Cannon dikhabarkan bersikap semakin buruk.

Menurut sumber, Mariah melarang anak-anaknya iaitu Moroccan dan Monroe menyambut perayaan itu bersama suaminya di Aspen, Colorado.

"Rancangan awal Mariah ialah untuk menyambut perayaan ini bersama semua anggota keluarga di Colorado termasuk Nick.

"Namun dia mengubah fikiran dan melarang Nick untuk datang bersama," ujarnya seperti dipetik E! Online.

Nick, 33, sebelum ini dalam satu temubual memberitahu akan meraikan Krismas bersama Mariah demi anak-anak mereka.


Berita tentang perpisahan pasangan itu didedahkan sendiri oleh Nick pada Ogos lalu apabila mengakui sudah tidak tinggal serumah dengan penyanyi itu.

Pasangan ini sempat meraikan perayaan Thanksgiving di kediaman Nick sejurus Mariah selesai mengadakan konsert jelajah di Asia, Australia dan New Zealand.

Bagaimanapun sumber memberitahu pasangan itu bertengkar dihadapan anak-anak mereka dan turut menjadi penyebab Mariah enggan Nick menyertai sambutan Krismas di Aspen. -mstar

Related Posts