MLM2014: Kumpulan Comey Kecewa Dengan Komen Fazura

shares |


Minggu lalu menyaksikan kumpulan Comey terkeluar daripada persaingan Maharaja Lawak Mega 2014. Keputusan yang agak mengejutkan kerana bagi Abang Nara, prestasi Comey pada malam tersebut agak memberangsangkan.

Abang Nara juga agak terkejut apabila juri yang menghakimi Comey iaitu Fazura sekadar memberikan 2 bintang untuk persembahan mereka. Ia sedikit sebanyak pasti mempengaruhi undian para peminat sekaligus menyaksikan Comey tersingkir.

Ropie mewakili kumpulan Comey telah melahirkan rasa kekecewaannya dengan komen yang diterima daripada Fazura. Kata Ropie:

Secara jujurnya saya kecewa dengan komen yang diberikan oleh Fazura kerana kami berusaha untuk fikirkan idea yang menarik untuk persembahan di minggu ‘Muzikal’. Malah lebih terkilan apabila Fazura hanya beri kami dua bintang sehingga menjejaskan undian yang diterima oleh Comey.

Sebenarnya persembahan kami bukan semata-mata untuk buat lawak sahaja, ada mesej disebalik pemilihan lagu. Bila Fazura cakap lagu tidak bersesuaian dengan persembahan, rasanya seperti tidak adil buat kami.

Ya memang kami gunakan lagu-lagu baru tetapi bukan hanya kumpulan Comey sahaja. Ada juga kumpulan-kumpulan lain turut guna lagu-lagu baru seperti kami. Jadi bila Fazura beri komen demikian saya rasa macam itu sesuatu yang sangat mengecewakan sedangkan Dato’ Ac Mizal sendiri turut beri pujian dengan persembahan dan juga pemilihan lagu kami yang sesuai


Untuk makluman, markah buat setiap peserta MLM2014 bukan sahaja daripada undian peminat tetapi juga daripada barisan juri. Jadi apabila dapat 2 bintang, pasti ia memberikan impak agak besar kepada Comey.

Secara jujur, prestasi Comey sepanjang MLM2014 agak konsisten. Penyingkiran mereka kali ini agak kejam sedangkan ada kumpulan lain yang lawaknya tidak menjadi sejak dulu lagi masih tetap ada. Namun itulah namanya pertandingan. Apa pula komen anda?

Sumber artikel: beautifulnara.com.

Related Posts