Pasangan China Bertindak Ganas Terhadap Pramugari Air Asia

shares |


Sebuah pesawat Air Asia hari ini terpaksa berpatah balik ke lapangan terbang Don Mueang berikutan tindakan ganas dari dua orang penumpang pesawat yang dalam separuh jalan ke Nanjing, China.

Menurut laporan dari seorang pengguna Weibo yang berada di dalam penerbangan tersebut, pesawat terpaksa berpatah balik selepas satu pasangan China mengasari seorang pramugari dan mengancam untuk melompat keluar dari kapal terbang.



Pengguna itu juga menceritakan kejadian bermula dengan seorang wanita berusia 20 tahun dari Nanjing, yang duduk berasingan dari teman lelakinya, mencurahkan air panas kepada seorang pramugari yang menghantar mee segera untuk wanita tersebut.

Lebih memburukkan keadaan, teman lelaki wanita berkenaan mengancam untuk membunuh diri dengan melompat keluar dari pesawat.




Menurut laporan dari Bangkok Post, kejadian berpunca kerana pasangan itu tidak berpuas hati kerana mereka diletakkan ditempat duduk berasingan dalam pesawat.

Pesawat itu terpaksa berpatah balik ke Don Mueang dimana polis menunggu untuk menahan kedua-dua mereka. Bagaimanapun, kedua-duanya tidak mahu keluar dari pesawat tersebut. Mereka akhirnya dikeluarkan dari pesawat tersebut secara paksaan.

Gambar kejadian telah dirakamkan oleh penumpang pesawat lain yang dikongsikan di laman web weibo. -AP

Related Posts