Pelakon Cilik Menang Kategori 'Best Actress in a Leading Role Asian Television Awards 2014'

shares |


Kemenangan Puteri Balqis dalam kategori Best Actress in a Leading Role untuk Asian Television Awards 2014 pastinya akan menutup mulut sesetengah pihak yang mempertikaikan kemenangan pelakon cilik ini di Anugerah Skrin baru-baru ini.

Jutaan tahniah kami ucapkan kepada Puteri Balqis. Memang lakonan anda power. Semoga pemikiran kolot di kalangan penggiat industri hiburan yang tidak senang dengan kejayaan Puteri Balqis akan terhapus dengan pengiktirafan antarabangsa yang diterima olehnya.


Pengarah yang bertanggungjawab mengembangkan bakat Puteri Balqis iaitu Erma Fatima turut memberikan kata-kata sindirannya buat mereka yang enggan menerima kemenangan si kecil ini. Tulis Erma Fatima:

Congrats Sayang! Ini membuktikan yg kau layak mendapat gelaran BEST ACTRESS itu! Adakah juri asian award ni jugak salah mengiktirafkan anak kecil ini?


Sekali lagi tahniah diucapkan kepada Puteri Balqis. Semoga karier anda semakin berkembang selepas ini. Semoga makin banyak tawaran dan watak yang lebih mencabar akan ditawarkan. Tahniah!!!

Related Posts