Peminat Melabelkan Hanez Suraya 'PEMBOHONG'?

shares |


Seperti yang kita tahu, perkahwinan Romie dan Liyana Manan akhirnya telah berakhir dengan penceraian. 

Sebelum penceraian tersebut berlaku, Hanez Suraya telah tampil memaklumkan yang dirinya sudah tiada apa-apa lagi hubungan dengan Romie.

Namun kebanyakan pengikut dunia hiburan enggan mempercayai kata-kata Hanez Suraya. Ramai yang melabelkan kenyataan Hanez itu dilakukan sekadar untuk menyelamatkan kerjaya lakonannya yang dilihat telah berkubur.

Malah ramai yang membuat andaian Hanez dan Romie akan kembali memadu kasih sebaik sahaja penceraian berlaku.

Kesian juga Abang Nara kat Hanez. Cakap perkara benar pun orang tak percaya. Tampil di Metro Ahad, Hanez menafikan dakwaan yang dirinya berbohong mengenai status hubungannya dengan Romie. Kata Hanez:

Berbohong semata-mata mahu menyelamatkan kerjaya? Dakwaan itu tidak masuk akal. Memang saya sayangkan karier yang dibina hampir 10 tahun, tetapi saya tidak akan mempermainkan soal hati dan perasaan.

Kenapa pula saya perlu memberi kenyataan (mengenai penceraian Romie dan Liyana), sedangkan antara kami tida ada apa-apa hubungan. Untuk apa saya sentuh perkara yang tiada kaitakan dengan saya.

Sudah-sudahlah! Kisah saya dan Romie sudah lama berlalu. Saya tidak mahu merosakkan keadaan. Ini kenyataan akhir saya mengenai Romie dan harap tidak akan ada lagi mana-mana pihak cuba bertanya atau membangkitkan soal antara kami.

Tidak dinafikan Romie lelaki baik yang pernah hadir dalam hidup saya, tetapi tiada jodoh antara kami.


Diharap semua pihak berpuas hati dengan kenyataan ini dan tidak lagi memandang serong kepada Hanez Suraya. Boleh dah tutup buku kisah Romie dan Hanez. Mereka sudah tiada apa-apa lagi hubungan. Tak perlu dikaitkan lagi.

Kedua-duanya sudah membawa haluan masing-masing. Sudah tiba masa untuk kita juga tidak membicarakan mengenai mereka lagi. Tak gitu?

Sumber artikel: beautifulnara.com.

Related Posts