Penampilan Terbaru Sherry Ibrahim Yang Agak Daring

shares |


Fattah Amin mengakui selesa menjalinkan hubungan dengan pelakon Sherry Ibrahim. Malah, Fattah menganggap perbezaan usia tujuh tahun tidak menjadi halangan untuk mereka mengenali hati budi masing-masing.

"Semua orang tahu saya jarang rapat dengan mana-mana artis wanita, tetapi apabila Sherry mula memuat naik gambar saya di akaunnya, cerita ini jadi tersebar dan ke mana-mana ramai mahu mengetahui tentang perkara tersebut.

"Selama dengannya sedikit pun tidak menjadi masalah. Kalau ada jodoh adalah dan sememangnya kami tidak mahu sentiasa berkepit ke sana ke mari untuk mengelakkan persepsi lain dari pandangan masyarakat," ujar Fattah.




Dalam pada itu, banyak pihak beranggapan Sherry bukanlah calon sesuai untuk Fattah lantaran jarak usia mereka jauh.

Malah mereka beranggapan Fattah mampu mendapat kekasih yang jauh lebih cantik dan muda dari Sherry.

"Soal usia tidak menjadi masalah dan kadang-kadang berumur lebih bagus. Cinta ini memang tidak boleh cakap sebab semuanya ketentuan Tuhan. Bagi manusia yang berkata sedemikian, jodoh itu bukan di tangan mereka. Jika itu jodoh dan rezeki saya, saya terima seadanya," tambah Fattah yang mula rapat bersama Sherry ketika menjayakan drama bersiri Cinta Ibadah.

Related Posts