Penjelasan PM Berkenaan Isu Bermain Golf Bersama Obama

shares |


KOTA BARU: Datuk Seri Najib Tun Razak pada Sabtu menjelaskan aktiviti bermain golf bersama Presiden Amerika Syarikat Barack Obama di Hawaii baru-baru ini tidak bermakna beliau sengaja mengabaikan bencana banjir di negara ini seperti yang dipolemikkan sesetengah pihak.

Sebaliknya, perdana menteri berkata aktiviti itu telah dirancang lebih awal atas dasar menjalinkan hubungan diplomasi dengan pemimpin-pemimpin dunia bagi mendatangkan manfaat kepada Malaysia.

Tambahan pula, katanya, jemputan itu telah disampaikan sewaktu Obama melawat negara ini April lepas dan amat sukar untuk beliau menolaknya kerana ia telah dirangka lebih awal dalam jadual kedua-dua pihak.

Bercakap pada sidang media di sini selepas meninjau kawasan yang terjejas teruk akibat banjir di Kelantan, beliau berkata: "Sebenarnya, waktu Presiden Obama melawat Malaysia, beliau menyatakan kalau kebetulan saya berada di Hawaii dengannya (Obama), dia nak saya main golf dengan dia.

"...dan Main golf ini bukanlah satu perkara aneh atau luar biasa...sebab zaman Tun Abdul Razak (perdana menteri kedua Malaysia), Tun Dr Ismail Abdul Rahman (timbalan perdana menteri kedua) bermain golf dengan pemimpin dunia merupakan perkara yang boleh dikatakan sebagai 'golf diplomacy'.

Najib berkata walaupun Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menggalas tanggungjawab sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara, beliau mengambil keputusan untuk memendekkan cutinya dan terus terbang ke Kota Baharu untuk melihat sendiri perkembangan situasi banjir.

"Setiap hari saya di sana saya terima laporan terkini tentang keadaan banjir...oleh kerana ia semakin serius saya buat keputusan balik ke tanah air secepat mungkin dan terus ke Kota Baru. Saya tak balik rumah lagi ni.

"Dan (saya) buat lawatan segera untuk menunjukkan bahawa kerajaan amat komited untuk terus membantu mangsa banjir," katanya.

Banjir di Kelantan kini semakin meruncing apabila puluhan ribu penduduk mendapatkan perlindungan di pusat pemindahan sementara. -mstar

Related Posts