PM Tinjau Keadaan Banjir Di Kelantan

shares |


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini membuat tinjauan udara dengan menaiki helikopter Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) bagi meneliti keadaan banjir di sekitar Kelantan.

Perdana Menteri turut bertemu mangsa-mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Kubang Batang, Tumpat, dan PPS Sekolah Menengah Kebangsaan Belimbing di Tanah Merah.

Turut menyertai tinjauan adalah Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob dan Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Sebelum itu Najib mendengar penerangan Mustapa mengenai situasi terkini banjir di Kelatan di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra.-BERNAMA



Related Posts