Pramugara QZ8501 Pernah Luah Simpati Mangsa Tragedi MH17

shares |


Seorang pramugara yang bertugas dalam penerbangan pesawat QZ8501 yang hilang pernah menulis tweet berupa sokongan kepada mangsa-mangsa pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 pada 17 Julai lepas.

Oscar Desano dari Jakarta merupakan seorang daripada tujuh anak kapal yang menaiki pesawat berkenaan yang hilang sejak pukul 7.24 pagi semalam.

Di laman Twitternya, Desano sebelum ini memaklumkan bahawa dia menghabiskan sambutan hari Krismasnya dengan berehat di dalam Jacuzzi bersama seorang teman.

Sebelum itu, dia menulis satu status di Facebook menjurus kepada rasa simpati dan ucapan takziah kepada tragedi MH17 yang ditembak jatuh di Ukraine pada Julai lepas.


Desano merupakan empat kru penerbangan yang bertugas dalam penerbangan QZ8501 itu bersama Wanti Setiawati, Khairunisa Haidar Fauzi, Wismoyo Ari Pramudi bersama seorang juruteknik Saiful Rakhmad.

Sementara itu, ibu Khairunisa Haidar, turut berkongsi gambar anaknya yang juga bertugas bersama-sama dengan Desano.



Ibunya, Rohana berkumpul bersama dengan saudara mara Khairunisa beramai-ramai di rumahnya di Sumatera Selatan dan berkongsi gambar-gambar anaknya itu yang kini nasibnya masih belum diketahui.

Selain tujuh anak kapal, pesawat QZ8501 turut membawa 155 orang penumpang dengan 138 daripadanya dewasa, 16 orang kanak-kanak dan seorang bayi.

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) mengesan pesawat itu disambung semula hari ini selepas ditangguhkan malam tadi ekoran cuaca gelap.

Difahamkan misi SAR diketuai oleh Indonesia dan dibantu oleh Malaysia, Singapura dan Australia. -mynewshub

Related Posts