Premis Urut, Spa Sunway Mentari Diserbu

shares |


PETALING JAYA - Sebuah premis urut di Sunway Mentari, di sini, dipercayai menawarkan khidmat seks dengan menyajikan tayangan video lucah, diserbu sepasukan anggota Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor, kelmarin.

Menurut sumber, tiga pelanggan sedang leka dilayan tukang urut warga asing ketika serbuan dilakukan.

“Kesemua tukang urut itu cuba meloloskan diri setelah menyedari kehadiran anggota polis, namun gagal.

“Lapan wanita warga Vietnam tiada dokumen perjalanan diri dan permit kerja,” katanya.

Menurutnya, siasatan mendapati premis tersebut tiada lesen perniagaan. “Kita turut merampas kondom, tuala, minyak urut dan duit,” katanya.

Kesemua yang ditangkap, berusia 20 hingga 23 tahun, dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya untuk tindakanlanjut. Dalam serbuan berasingan, 22 wanita warga asing yang dipercayai menawarkan khidmat seks di sebuah premis spa di Cheras, ditahan oleh sepasukan anggota D7 Bukit Aman, dalam serbuan.

Ketua operasi, Asisten Superintendan Muhammad Mohd Jais berkata, spa itu dilengkapi pusat hiburan.

“Kita menahan 13 wanita warga Vietnam, empat China, tiga Indonesia dan dua Thailand yang berusia 18 hingga 32 tahun,” katanya.

Muhammad berkata, pihaknya percaya kesemua wanita warga asing itu dibekalkan oleh ejen.

Harga pakej seks yang ditawarkan adalah antara RM160 dan RM190.

“Seorang pelanggan yang sedang melakukan seks turut ditahan bagi membantu siasatan, manakala seorang lagi lelaki dipercayai bapa ayam turut ditangkap.

Kesemua yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras untuk tindakan lanjut,” katanya.

Related Posts