Rakyat Malaysia Dipenjara Rakam Bawah Skirt Wanita Di Singapura

shares |


SINGAPURA – Seorang pekerja warga Malaysia dihukum penjara tiga bulan oleh sebuah mahkamah di sini semalam selepas didapati bersalah menggunakan telefon bimbitnya untuk merakam gambar bawah skirt seorang wanita.

Menurut portal berita The Real Singapore, tertuduh, Koo Kiat Boon, 25, juga didapati bersalah cuba memusnahkan bukti dengan menelan kad memori telefon bimbit berkenaan selepas tindakannya disedari mangsa.

Tertuduh yang bekerja sebagai juruelektrik didakwa melakukan kesalahan tersebut semasa menaiki sebuah bas menuju ke Pusat Pemeriksaan Woodlands untuk pulang ke Johor.

Ketika di dalam bas berkenaan, dia melihat seorang wanita cantik berusia 28 tahun dan cuba merakamkan gambar bawah skirt mangsa de­ngan menggunakan telefon bimbitnya.

Bagaimanapun, seorang penumpang ternampak tindakan Kiat Boon dan terus memberitahu mangsa.

Wanita itu dan beberapa penumpang cuba merampas telefon bimbit tersebut tetapi mang­sa bertindak menghempas gajet berkenaan ke lantai serta terus mengambil kad memori sebelum menelannya.

Kiat Boon kemudiannya ditahan pihak polis di Pusat Pemeriksaan Woodlands selepas pemandu bas berkenaan menghubungi pihak berkuasa.

Lelaki itu didakwa di mahkamah atas tuduhan memusnahkan rekod elektronik bagi mengelakkan ia daripada dijadikan bukti di mahkamah dan tuduhan mencabul kehormatan wanita.

Namun, mahkamah hanya menjatuhkan hukuman penjara selama tiga bulan selepas dia didapati bersalah atas kedua-dua tuduhan tersebut.

Related Posts