Romie & Liyana Manan Kini Sah Bercerai Talak Satu

shares |


Bekas teman lelaki pelakon Hanez Suraya, Romie Razin Adilha Abd Jais,34, dengan isterinya, Nur Liyana Manan,29, sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah, di sini, sebentar tadi.

Lafaz cerai dilakukan oleh Romie dihadapan Hakim Syarie Azmi Aziz selepas mahkamah membenarkan permohonan Nur Liyana mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.

Semoga penceraian ini menjadi titik permulaan untuk kehidupan yang lebih bahagia buat Liyana Manan.

Terlalu lama Liyana terseksa dengan kontroversi yang pernah melanda dirinya, Romie dan Hanez Suraya.

Semoga Romie dan Liyana bekerjasama dalam menunaikan tanggungjawab sebagai ibu dan ayah kepada anak mereka. Sama-samalah kita doakan.

Sumber artikel: beautifulnara.com.

Related Posts